Thursday, 5 December 2013

Pasal Powerbank (pb)

Alhamdulillah. Barang dah sampai..! Yeayy! 

Tadaa..! Kalau ada yg belum tahu, Ini lah power bank (pb). 👆
I bet mesti korg semua dah tahu fungsi pb kan?
-Saiz dan reka bentuknya(design) berbeza mengikut jenama dan kapasiti/mAh.

Pb ni sesuai untuk orang yang selalu pergi kesana-sini macam artis ke, org business ke atau org yg suka berjalan ni.
Sesuai juga untuk pengguna gajet tegar. 
Dgn adanya pb ni, korang boleh snap2 gambar, main game atau update status tanpa perlu risau tentang bateri gajet korang.
Sekarang ni pun pb sebenarnya sudah menjadi satu keperluan dan bukan kehendak. So kalau korg xtergolong dikalangan org2 yg disebutkan td, korg still perlukan pb ni by hook or by crook. 

Nasihat saya, beli lah power bank yang ada jenama, dan yg ada jenama pulak, pastikan ianya ORIGINAL. Bukan clone, bukan grade A++ . Sb yg original ni ada kualiti dan jaminan jika berlaku apa2 mcm meletup ke, terbakar ke, rosak ke. Tp kalau yg xori ni, kualiti tu mungkin kurang dan jaminannya pulak tak pasti .

Saya pun dulu pernah beli pb 2200 mAh. Mahal jugak la. Dalam RM50-70++ gitu. Tp xde jenama dan warranty. Masa tu power bank baru lg memasuki pasaran Malaysia. Saya pulak xtau banyak pasal pb ni pd waktu tu so saya beli jelah. Katanya boleh digunakan sampai 500++ kali. Tp xsampai 40 kali dah rosak. Menyedihkan betul. Rasa membazir. Cas pun boleh 1-2 kali je. Dah la xde jaminan, so xdpt lah nak mintak ganti.. Haha..

Sekarang ni ada pelbagai jenama pb yg memasuki pasaran Malaysia. Yang popular skrg ni jenama Yoobao dan Pineng. 
Tp bila dah popular, yg tiruan pun ada jugak kan. 
Jadi kena pastikan pb yg ori. Tp skrg ni senang je nak bezakan. Surf la internet. 
Saya pun buat camtu. Tp saya xberani nak pergi cari/survey sendiri. So saya cari kat internet je lah. Saya cari pb saya kat ig shop

Yg saya suka tentang shopping online di ig ni ialah kerana saya boleh menilai melalui gambar. 

Biasanya kalau saya nak beli sesuatu barang secara online, saya akan siasat laman sosial milik penjual dahulu. Kalau pemilik sertakan screenshot di laman sosial miliknya, saya akan google untuk pastikan yg screenshot tersebut asli dan tidak diambil dari mana2 blog/ laman sosial org lain.

Lagi satu, kita sebagai pengguna kenalah rajin bertanya kepada penjual tersebut jika ada apa2 kemusykilan. Pd saya, mmg tanggungjawab penjual untuk menjawab pelbagai persoalan/pertanyaan pengguna/pelanggannya. 

Sb kalau penjual betul2 nak berniaga, kenalah tahan dgn pelbagai kerenah pelanggan. Ni kalau xjawab soalan yg diajukan, jawab pun mcm nk xnk je. Pelanggan pun takut nak berurusan tau. Ni adalah melalui pengalaman saya sendiri okay. 

Tp pelanggan pulak jgn 'take things for granted' ! Jgn lah susahkan penjual dgn book barang tanpa apa2 payment pastu bila sampai masanya, korg sesuka hati je batalkan order (cancel order) . Sb kalau korg nak tahu, mungkin waktu korg book tu maybe ada ramai lg yg nak brg tu. Tp penjual terpaksa tolak sb korg tau. So korg jgn lah buat perkara mcm tu ye.. 

However, the choice is yours. Sukahati korg la nk beli pb apa pun kan. Sb setiap benda ada kelebihan dan keburukan masing2. Kelebihan pb saya ni dia ada display percentage supaya korg tahu tinggal berapa percent pb korg tu dan bukan mcm pb lama sy. Selain itu, ada torch light/lampu suluh pd pb tersebut. Just in case agaknya. Plus, pb saya akan auto stop kalau hp/gajet dah fully charged. Design nya pun smart jugak,mcm solid gold bar gitu. Keburukannya pula, untuk yg 16 800 mAh ni saiz nya besar dan mungkin korg perlukan pouch bag utk isi benda ni. Pilihan warna pun xsebanyak pb pineng yg lain yg mAh nya lebih kecil. 

As I said before, I've done my homework before I bought this thing. 
And all of you should too. Supaya tidak senang ditipu/tertipu.
Saiz pb saya ni mmg besar sb mAh nya pun tinggi/besar/banyak iaitu 16 800 mAh. 
Kalau pb 11 200 mAh kecik sikit saiz nya. Makin kecik/kurang mAh nya, makin kecik lah saiz pb tersebut. 

Mmg xdinafikan ada pb yg lebih tinggi mAh nya tp saya ragu2 akan kebenarannnya.

Lagi2 kalau pb nya murah semacam dan di claim memiliki 20 000-50 000 mAh. Maklumat lanjut boleh rujuk sini : http://ohgeekz.com/powerbank-murah/

Sejujurnya harga yg ditetapkan agak tinggi jugak la. Tp biar alah membeli,tp menang memakai. Baru puas hati. Tp kalau nak dibandingkan harganya pd waktu pb baru diperkenalkan dulu, lg lah jauh lebih mahal.

Semoga ilmu pengetahuan yg dikongsikan hari ini dpt memberi manfaat kepada semua yg sudi membaca.

Diharap jangan ada yg ambil hati,kecik hati,sakit hati atau terasa hati dgn penulisan saya ini. 
Abaikan yg buruk dan ambil yg baik sahaja okay! ;) 
Kalau tak nak terima jangan buat yg bukan2 tau. 
Sekian,
Terima kasih. 😃

Wednesday, 4 December 2013

Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia :)

 Actually,dah berzaman tak bukak/update blog nih.. Yelah,last update 13 Julai 2012. Tahun lepas pulak busy dengan school baru and all that. Tahun ni busy dengan exam SPM,but now I'm free! tp free sekejap je..sebab pasni nak sambung belajar pulak.. Sekarang ni life dah tak macam masa kanak-kanak dulu. Semuanya sudah menjadi satu cabaran untuk meneruskan hidup. Tapi seperti apa yang sahabat saya katakan "life is too short to get pissed" and she is right. It is short. So enjoy it while you still can. Sebab takut korang lambat sedar pasal ni and by the time korang menyedarinya,it's too late. Okay.. so sementara Nida ada free time ni,dengan izin Allah Nida akan try meng'update' kan blog ini ya! Segala tunjuk ajar dan nasihat amat dihargai ;)