Hai korang ! Hahaha.. excited lebih. Entry sebelum ni aku cerita pasal aku hiatus sebab sibuk dengan urusan IPTS semua tu kan ? Jadi entry kali ni aku nak cerita pasal sambungan kepada entry tersebut.
.
.
.
.
Masa tu aku dah pergi interview kat Dana KCM di Johor Bahru bagi melayakkan aku mendapat duit permulaan bagi pendaftaran kolej swasta. Nak mendaftar kat Dana KCM je dah kena bayar RM50.00. Perjalanan nak ke JB je dah makan duit RM100.00+ . Sebab aku bukan tinggal kat JB,aku tinggal kat Labis (jangan tanya kat mana p la google). Bukan sekali tau aku kena berurusan dengan Dana KCM ni,tapi berkali-kali. Bayangkanlah berapa duit yang aku dah labur kat benda ni je.
Dana KCM ni pulak dia nak sponsor duit permulaan untuk Kolej terpilih je. Kolej yang aku nampak masa tu ialah Malaysian Hospitality College. Memang aku tak pernah dengar pun nama kolej ni. So do my mum. Orang besar MHC ada turun padang masa tu. Dia lah yang explain kat kitorang kenapa kolej ni tak pernah dengar lagi. Rupanya sebab masih baru. Baru beberapa tahun lepas dia bertapak.
Kos yang ditawarkan pulak memang hanya kos berkenaan hospitality sahaja seperti kos kulinari & pengurusan hotel. Aku memang minat kos pengurusan ni, tak kisahlah kos pengurusan apa pun. Jadi aku pun dah set nak ambik kos pengurusan hotel ni walaupun aku tahu ada banyak aspek yang perlu dipertimbangkan. Terutamanya ialah minat. Kalau betul kau minat sesuatu perkara tu dan kau memang betul boleh bawa apa yang bakal kau pelajari nanti, jadi ikut aje lah minat kau tu. In shaa Allah berjaya.
Masalahnya aku agak buntu sebab aku rasa macam dah tak ada pilihan lain dah. Sebab aku minat kos pengurusan tapi tak tahu nak pergi belajar kat mana.
Masa buat pemilihan kos di UPU pun tak banyak kos pengurusan yang ditawarkan. Lagipun ni kira backup plan aku kalau aku tak dapat mana-mana IPTA.
Nak dijadikan cerita, mak aku kena bayar duit deposit RM350.00 pada kolej tersebut sebagai reservation tempat untuk aku di kolej tu nanti sebab dia kata tempat adalah terhad.
Pastu mak aku ada bayar lagi RM2000.00 untuk duit pendaftaran ke kolej tersebut.
Satu semester je dah dalam RM6000.00++ sebab IPTS kan. Kos aku tu pulak makan masa selama dua tahun setengah. Mana mau cari duit sebanyak tu woi. Aku bukan lahir dalam keluarga orang berada.
Nak dijadikan cerita, aku buat rayuan kat UPU dan minta pihak IPTS tu tangguhkan dulu kemasukan aku pada bulan April 2014.
Alhamdulillah penantian aku berhasil sebab aku berjaya masuk IPTA jadi bebanan yuran tu tak lah berat sangat kan. Jadi aku batalkan kemasukan aku ke IPTS tersebut dengan alasan dah sambung belajar di tempat lain.
Sekarang ni aku belajar kat UiTM Lendu kos Office Management (OM). Alhamdulillah sekarang ni dah masuk semester 2. Aku tak sangka subjek yang aku memang teringin sangat nak belajar which is typing ada dalam kos aku ni. Aku bersyukur sangat-sangat.
Cuma satu aku nak tekankan kat sini, suasana dan keadaan kat sini memang berbeza sangat-sangat. Kau kena berdikari, kompetitif dan pandai mengurus masa. Memang kau akan ada kawan tapi bukan yang jenis semua benda nak buatkan untuk kau. Ada certain things, you have to be on your own jugak. Kat sini memang takde sape nak control kau like your parents or guardians. Suka hati kau la nak buat apa pun tapi kau kena la jaga diri sendiri. Solat jangan lupa. Jangan nak culture shock sangat kang pointer entah kemana. Kalau boleh jangan ponteng kelas so korang takkan tertinggal apa-apa ilmu dan supaya tiada surat amaran akan sampai kat kau dan parents kau.
Aku bukannya perfect pun, kadang-kadang tersasar jugak tapi bila aku fikirkan semula tentang kenapa aku datang sini dan pengorbanan parents aku, aku tak sanggup nak hampakan mereka.
Jadi kena sentiasa kuat dan tabah dalam mengharungi cabaran hidup sebab kau akan jumpa pelbagai masalah dan kerenah manusia yang belum pernah kau jumpa kat sekolah dulu. Sebab aku pun pernah stress dan down jugak bila kena benda camtu tapi alhamdulillah ada kawan yang support aku (terharu aku) dan tak pandang rendah pada aku.
Panjang jugak entri aku kali ni kan?
Jadi sampai di sini sajalah coretan aku kali ni.
Assalamualaikum. :)