Monday, 27 February 2017

Barang Keperluan Hostel/ Kolej/ Rumah Sewa di IPT

Baiklah jadi seperti yang dijanjikan, entry kali ni tentang barang keperluan untuk kolej/ hostel/ rumah sewa di IPTA/ IPTS. List dia lebih kurang sama dengan yang untuk hostel cuma sedikit sebanyak ada perubahan untuk list ni. Maklumlah dah sambung ke peringkat pengajian yang lebih tinggi la katakan.👀
So here it goes!

Barang Keperluan Hostel/ Kolej/ Rumah Sewa di IPT
  • Shampoo
  • Sabun mandi 
  • Berus badan*
  • Berus gigi
  • Ubat gigi
  • Pencuci muka 
  • Pad/ Pantyliner 
  • Berus baju
  • Sabun baju & softener*
  • Baldi
  • Hanger & sepit
  • Bekas untuk letak barang mandi
  • Cermin kecik 
  • Selak, mangga*
  • Selipar 
  • Telekung & sejadah
  • Tudung & anak tudung*
  • Tuala 2 helai 
  • Selimut
  • Cadar
  • Bantal 
  • Sikat
  • Bedak/ Deodorant/ Minyak wangi/ Cologne
  • Kain dalam / Inner baju
  • Baju kurung 5-8 helai*
  • Baju cukup untuk seminggu
  • Baju kurung putih & kain hitam*
  • T-shirt putih & seluar track hitam*
  • Pakaian dalam 14 helai
  • Kasut
  • Stokin
  • Extension*
  • Rice cooker*
  • Multi cooker/ induction cooker*
  • Kipas*
  • Lampu tidur*
  • Powerbank
  • Pinggan, mangkuk, cawan
  • Jag kecik*
  • Sudu, garfu, senduk kecik
  • Heater/ Jag Pemanas Air
  • Makanan, minuman, jajan, snek
  • Seterika
  • Laptop
  • Pendrive
  • Hard Disk*
  • Segala borang kemasukan ke IPT
  • Buku Yasin/ al-Mathurat/ Manzil & Quran 
  • Fail penting*
  • Duit

Yang mana aku ada letak * ni akan dihuraikan dengan lebih panjang.
Berus badan ni boleh beli atau rembat yang kat rumah kalau korang guna je, kalau tak guna tak payah. Sabun baju pulak kali ni aku prefer sabun liquid detergent sebab biasanya aku basuh baju guna mesin basuh je dan baju korang tak bercapuk. Softener pulak kalau korang rajin atau memang pakai, bawaklah sekali. Aku cadangkan bawak sekali selak yang boleh mangga tu kalau kat tempat yang korang duduk tu dibenarkan untuk letak selak sendiri. Bawak mangga sekali.

Sebenarnya tak semestinya baju kurung je yang korang kena pakai kalau kat IPT nanti, mungkin ada IPT yang membenarkan pelajar untuk memakai pakaian lain yang mematuhi peraturan sahsiah rupa diri contohnya baju kemeja, seluar slack dan lain lain. Tapi kalau korang nak senang, pakai je baju kurung selama seminggu tu. Tudung dan anak tudung korang bawalah yang selesa korang nak pakai sepanjang tempoh pembelajaran di IPT. Yang baju kurung putih ngan kain hitam tu kalau korang sambung belajar kat UiTM, tak tahu la IPT lain macam mana. T-shirt puith ngan seluar track tu untuk pelajar yang mengikuti program MDS (Minggu Destini Siswa) atau first time koko kat UiTM.

Okay, extension ni sebenarnya tak dibenarkan untuk dibawa ke kolej atau hostel sama je macam rice cooker, multi cooker, induction cooker & kipas elektrik. Lampu tidur tu kalau kecik je atau pakai usb takpa kot. Cuma kalau korang rasa nak bawak, bawak je lah but it is at your own risk. Kalau kena rush atau spotcheck, pandai pandai la kamu sembunyikan ke apa. Kalau aku dulu bawak je sebab nak jimatkan kos perbelanjaan sepanjang tempoh pengajian. Tapi kalau korang duduk rumah sewa, bawaklah segala jenis barangan yang kau inginkan tiada halangan pun. Paling paling pun kantoi sebab tak ajak housemate makan je. 

Jag kecik tu perlu kalau kau mesra dengan roommate kau & roommate kau pun tak berkira dengan kau atau kedekut. Sebab kalau korang buat air dalam jag kecik ni, mestilah susah nak habiskan sorang sorang kan, jadi biasanya orang akan share bersama roommate sekali. Hard disk tu penting kalau kau nak isi movie atau fail yang besar macam video je. Assignments tu aku syorkan korang guna pendrive je la sebab kalau berlaku apa apa pada hard disk tu, takda la korang menangis tepi bucu katil sebab assignment hilang sekali.

Fail penting di sini maksudnya fail yang mengandungi segala sijil atau dokumen penting, sebab biasanya masa daftar hari pertama je mak ayah boleh ikut, yang lain lain korang kena uruskan sendiri. Lagi satu jangan lupa untuk semak semula checklist sebelum berangkat ke IPT. 

To be honest, aku sendiri akan menyambung pengajian ke peringkat sarjana muda dalam beberapa hari saja lagi. Semoga dipermudahkan semua urusan aku dan kalian in shaa Allah. Ameen.
Assalamualaikum sampai kita berjumpa lagi 🙋









Sunday, 26 February 2017

Barang Keperluan Asrama/ Hostel

Lepas check check draft kat blog, ternyata ini salah satu dari tajuk yang tergendala masa tu.
Aku sedar, ini antara tajuk terpenting untuk mereka yang bakal menyambung pelajaran terutamanya sebab aku pernah jadi di antara mereka jugak dulu 😙
Well, sekarang pun masih sama cuma dah seasoned gitu. Eceh.

Jadi mari kita mulakan dengan asrama dahulu:

Barang Keperluan Asrama
  • Shampoo
  • Sabun mandi 
  • Berus gigi
  • Ubat gigi
  • Pencuci muka 
  • Pad/ Pantyliner 
  • Berus baju
  • Sabun baju 
  • Baldi
  • Bekas untuk letak barang mandi
  • Cermin kecik 
  • Selipar 
  • Telekung / Kain pelikat
  • Songkok / Tudung & anak tudung
  • Tuala 2 helai 
  • Selimut
  • Cadar
  • Bantal 
  • Buku Yasin/ al-Mathurat/ Manzil & Quran 
  • Sikat
  • Bedak/ Deodorant/ Minyak wangi/ Cologne
  • Uniform sekolah
  • Kasut
  • Stokin sekolah 7 pasang 
  • Baju cukup untuk seminggu
  • Pakaian dalam 14 helai
  • Kain dalam / Inner 
  • Botol air
  • Hanger & sepit
  • Duit
Okay setakat ni itu saja yang terlintas dalam fikiran aku. So let me explain one by one.

Shampoo tu pilihlah yang sesuai dengan korang, yang sesuai untuk korang yang selalu berpeluh. Sabun mandi tu kalau aku prefer yang liquid sebab senang jimat masa terus lumur je masa mandi. Berus gigi tu pilih berdasarkan yang korang dah biasa guna, ubat gigi pun sama. Pencuci muka tu perlu kalau korang ada masalah kulit. Pad pulak beli terus yang pek besar untuk heavy flow, medium & sikit. Kalau sikit sangat, gunalah pantyliner, beli terus yang 100 keping tu.

Berus baju ni penting untuk korang menyental baju baju yang berdaki tu kalau takda bantuan mesin basuh atau nak pakai urgent. Sabun baju pulak aku prefer sabun serbuk sebab lagi puas basuh baju menurut aku. Baldi ni ofkos la kena ada, nak rendam baju kat mana kan. Bekas untuk letak barang mandi ni pilih yang jenis ada lubang lubang tu supaya takda air bertakung dalam bekas barang mandi korang. Cermin kecik ni penting terutamanya untuk kaum hawa sebab nanti masa korang nak bersiap siap mesti berebut cermin. Hahaha. 

Selipar pun perlu ada untuk memudahkan korang pergi ke mana mana dalam kawasan asrama macam ke tandas ke, bilik prep ke. Takkan nak pakai kasut sekolah kot? Telekung is a must sebab biasanya telekung tak disediakan. For boys, bawaklah kain pelikat & songkok just in case kalau ada majlis keagamaan kat asrama atau sekolah. As for girls, bawak tudung biasa yang selesa untuk dipakai ketika di asrama atau masa ko-kurikulum petang. Tuala tu bawaklah dua helai supaya korang boleh tukar tuala seminggu sekali, cth: minggu ni pakai tuala baru & basuh tuala yang dah pakai minggu sebelum ni sebab dah namanya asrama kan, mesti akan ada member korang yang pinjam tuala korang dikala terdesak, ada juga yang main pakai je tanpa mintak izin. So it's best kalau korang basuh seminggu sekali, lagipun takda la korang kena ruam ke jangkitan kulit ke sebab pakai tuala yang sama tak berbasuh selama berbulan bulan kan?

Bawak jugak selimut dengan bantal sebab biasanya asrama tak sediakan. Yang disediakan biasanya cadar itupun kena bayar. Cadar tu bawak kalau tak disediakan je. Buku Yasin atau al-Mathurat atau Manzil dan Quran ni bawak kalau asrama tak ada atau tak cukup semua ni. Sebab biasanya asrama akan ada baca Yasin atau Mathurat atau Manzil tiap tiap hari. Haa lagi satu bawaklah sikat kang macam sabut kelapa pulak rambut tu. Bagi tujuan menghalang bau badan dari membunuh rakan sekelas, bawa bersama dan pakailah bedak atau deodorant atau minyak wangi atau cologne sebelum pergi ke sekolah. Jangan pula berlebih lebihan kerana dikhuatiri mampu membuat sesiapa yang menghidunya koma.

Dah excited sangat nak duduk asrama, jangan sampai terlupa pulak bawa uniform sekolah, kalau ada 2 pasang pun dah memadai tapi kalau nak pakai lagi baju yang sama, pastikan korang lepas balik sekolah sidai baju korang kat tempat yang kena angin atau matahari. Kalau lepas balik sekolah terus lempar baju ke lantai atau ke dalam almari dan pakai pada hari berikutnya, alamatnya menangis la rakan sekelas dan guru kamu. Kasut nak pegi outing dengan mak ayah pun bawak sekali, dengan kasut sekolah, kalau korang rajin kapur kasut atau kiwi kasut, bawa je. Stokin sekolah ni aku cadangkan korang bawaklah tujuh pasang supaya sehari korang pakai satu pasang dan selebihnya untuk emergency kalau stokin korang basah ke. Kenapa sehari sehelai? supaya bila korang kena bukak kasut nanti, takdalah orang tegur kenapa kawasan tu berbau.

Baju basahan atau baju untuk korang duduk kat asrama tu bawalah dalam jumlah yang mencukupi untuk seminggu, yelah mana tahu kalau hujan baju tak kering ke at least ada lagi baju lain. Haa pakaian dalam ni bawak atau beli sampai cukup untuk pakai dua minggu tanpa mengulang pakaian dalam yang sama, sebab sehari korang mandi dua kali kan, jadi satu set masa pegi ke sekolah, lagi satu set masa dah habis waktu sekolah, lepas balik sekolah tu la. Barulah kebersihan terjaga. Inner dan kain dalam tu bawak je just in case kain atau baju korang jarang, boleh terus pakai. 

Botol air ni memang perlu untuk kegunaan korang di asrama, sekolah, waktu koko. Senang takyah harapkan kantin. Untuk sidai baju pulak korang mesti perlukan hanger dan sepit baju dan yang terpenting, bawalah duit untuk perbelanjaan korang sepanjang berada di asrama. 

Untuk barang keperluan kolej di IPTA/ IPTS atau rumah sewa akan disertakan dalam entry akan datang. 👋














Tuesday, 1 March 2016

Nasihat dan Pengalaman

Assalamualaikum

Kali ni Nida nak cerita serba sedikit tentang apa yang berlaku sepanjang hiatus ni dan sedikit pengalaman.

Okay, Nida cuba summarizekan.

Lepas dapat keputusan SPM, tunggu pulak keputusan Permohonan UPU. Keputusan pun dah dapat dan Nida dapat tawaran ke Politeknik Premier dan Kolej Komuniti.

Mohon lagi sekali sambil-sambil tu ada jugak mohon ke Universiti Malaya (UM) dalam jurusan Pengurusan Sumber Manusia. Akhirnya keputusan UPU untuk kali kedua dapat UiTM di Kampus Alor Gajah. Dah daftar untuk kemasukan bulan Jun dan setelah belajar selama seminggu di UiTM, baru dapat keputusan dari UM menyatakan yang permohonan Nida dah berjaya.

Tapi, surat lambat sampai. Seminggu lepas tarikh pendaftaran ke UM tutup baru surat tu sampai ke rumah. Memang bukan rezeki untuk menuntut di UM barangkali.

Di sini, satu semester termasuk cuti semester memakan masa selama enam bulan. Cuma proses pembelajaran memakan masa 14 minggu; dalam tiga bulan dua minggu. Lepas tu, baru final exam. Biasanya final exam makan masa paling lama sebulan atau dua bulan. Dah habis semua tu barulah cuti semester. Cuti semester pulak dalam sebulan dua jugak lamanya.

Pejam celik, hari ni, pada 1 Mac 2016, Selasa; Nida dah berada di minggu ke 12 untuk semester keempat. Bulan Jun depan, akan menjadi semester terakhir Nida di UiTM Lendu. Pengajian bagi kos Nida ni mengambil masa dua tahun setengah. Maknanya ada lima semester sahaja. Kenapa sekejap? Sebab kos ni tak ada praktikal.

Masuk Universiti ni nak kena bersedia dari segi mental. Sebab kat sini korang akan jumpa pelbagai jenis perangai manusia. Kena tahan, tabah. Jangan risau, kalau kita buat baik pada orang, insya Allah, orang lain pun akan berbuat baik pada kita. Tak semestinya orang yang sama, orang lain pun akan ada. Sebenarnya kat sini, kena percaya 100% pada Allah. Allah sentiasa ada untuk kita. Bila tengah bersusah hati, ada masalah, rasa nak bunuh diri, demotivated dan lain-lain yang relatable; percyalah, Allah sentiasa ada untuk tolong kita. Jangan lupa Allah. Yelah, sebab kat sini korang kena independent, sebab mak ayah dah tak ada nak tolong, kawan-kawan dah tak ada macam masa sekolah dulu. Jadi kembali pada yang asal, bergantung haraplah pada Allah.

Bila rasa sunyi, bacalah Quran, bila rasa susah hati, buatlah solat sunat. Nida dah try, dan memang berkesan. Nida rasa lebih tenang, motivated, content, tak rasa nak give up dengan senang dan dah boleh happy dah sekarang.

Kena ingat, kita pergi mana-manapun, tetap akan ada orang yang bermasalah dengan kita; kadang tak ada reason pun dia nak bermasalah dengan kita tapi that's life. Biasanya Nida akan assume yang Allah temukan kita dengan orang-orang dalam hidup ni supaya in the future, kita boleh tolerate dengan orang jenis macam tu.

Tak dinafikan, bila dah senior year ni, keluarlah perangai sebenar kawan-kawan yang kita tak nampak masa semester satu. Jadi sekarang ni tengah belajar macam mana nak tolerate dan counter dengan orang jenis macam tu. Practice makes perfect I suppose.

Oh ya, sebelum terlupa; hidup secara individually, kita tak boleh pentingkan diri sendiri 100% tau. Sebab if you do that, something will go wrong.

Contoh, kalau kawan mintak tolong ajarkan benda yang dia tak faham, dan korang tahu benda tu very well; please, ajarkanlah kawan tu. Tolonglah dia, sebab kalau korang kedekut ilmu, ilmu yang pada korang tu tak berkat sebenarnya.
Jangan main bantai 'tak tahu'

Lagi satu, kalau kawan kau tanya jawapan kepada soalan, dan korang dah tahu jawapan tu, apa salahnya korang share. Tak perlulah kedekut sebab kita kan masuk sini atas matlamat yang sama; nak berjaya. Kedekut-kedekut nak pergi mana?

Kalau boleh, jangan pentingkan diri sendiri 100% please. Jangan obvious sangat yang korang ni sebenarnya pentingkan diri sendiri, takut nanti makan diri.

Sebab dulu Nida ada sorang kawan ni, dia kedekut ilmu dan pentingkan diri sendiri and in the end, markah dia tetap lebih rendah dari Nida, pointer pun tetap tak berganjak tinggi. Lepas tu nak complain kenapa dia study macam nak mati, tapi pointer still rendah, carry marks still tak tinggi. Dia pun selalu cemburu dengan Nida, asal Nida dapat carry marks je dia akan cakap yang Nida bukannya study hard sangat pun tapi lebih tinggi dari dia. Dia cuba nak cakap yang Nida tak layak untuk lebih dari dia.

Silapnya dia lupa, dia lupa yang sepanjang proses dia nak berjaya tu, dia tak share ilmu dengan orang lain, kadang dia dah tahu dah jawapan pada soalan tu tapi bila Nida tanya dia bantai 'tak tahu'. Macam mana boleh tahu ? Sebab nampak la dia buat nota untuk jawapan pada soalan tu. Lepas tu bila kita tanya, nak marah-marah pulak. Bila nak print assignment, sikit pun tak tanya Nida dah print ke belum, nak print sekali ke tak. Sanggup pergi print dengan budak kelas lain sedangkan Nida ni sekelas dengan dia tau, sebilik lagi. Hatta, sudu garfu pun berkira nak ambikkan untuk Nida sedangkan Nida dah tolong ambikkan makanan untuk dia.

Nida jadi sakit hati, tak boleh fokus nak belajar, asyik stress dengan perkara yang tak sepatutnya Nida stress.

Akhirnya, Nida putuskan untuk tinggalkan manusia yang penuh dengan negativity influence tu dari hidup Nida.

Kesimpulannya, pilih kawan yang boleh sama-sama berjaya. Yang tak tinggalkan korang di kala susah dan senang.

Okay itu sahaja yang Nida rasa penting nak share dengan korang. Be kind to others and try your best to be the best.

Bye ! Assalamualaikum.



Saturday, 31 January 2015

Cerita Minggu Ini.

Assalamualaikum.

Minggu ni banyak perkara yang berlaku.  Ada perkara yang kurang menyenangkan tapi membawa kebaikan.  Bila difikir semula, setiap apa yang berlaku pasti ada HIKMAH.  Mungkin kalau benda tak jadi, tak mungkin aku boleh macam ni. 

Ala, aku tahu korang tak faham apa yang aku merepek kat sini kan?

Takpe, aku cuma nak cakap yang minggu ni aku dapat banyak pengajaran.  Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.

Lagi satu, aku lega sangat bila dah lepas dari segala presentation dan assignment.Tak, ada lagi satu tak lepas lagi. Ohh, assignment mingguan pun masih ada lagi!. Baru teringat. Hee.. Jadi tinggal fokus kat test. Tak, boleh fokus 50% je, lagi 50% bila dah 100% lepas. Tapi dah tak se 'stress' macam masa sebelum 50% assignment selesai. 

Apa lagi yang berlaku eh? *ingat*ingat*ingat*ingat*ingat*

HAA !!! 

Bulan ni dengan bulan depan schedule aku agak sibuk. 

Pastu, aku kat sini seorang diri je. Minggu ni ramai jiran se 'level' aku balik. Tapi roommate aku sorang tak balik. Cuma dia tak ada kat bilik buat masa ni. P beli tiket untuk balik raya Cina nanti. Lama jugak cutinya. Jadi tinggallah aku seorang diri di sini.

Sunyi.

*krik*krik*krik*  

Dari tadi aku tak dengar pun orang azan, weekend dia cuti kot.

Okay, aku solat dulu la.




Wednesday, 17 December 2014

Nak cerita sikit ni

Korang, aku nak cerita sikit ni.  Lagi beberapa hari lagi je nak balik.  Rasa excited tapi stress sikit la. Kenapa stress? well, mana taknya, belum balik lagi dah ada assignment berlambak.  Haha.  Yang peliknya, aku suka sebenarnya assignment ni semua, cuma agak risau kalau-kalau tak sempat nak siapkan tepat pada masanya je.

Nervous pun ada bila memikirkan tentang presentation yang bakal dibentangkan di hadapan pensyarah nanti.

Tapi yang paling penting buat ye dak?  Nervous tu biasalah kan? Kena banyak buat latihan bercakap dengan strangers ni. Mungkin berkesan in shaa Allah.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Maaf, tadi entah macam mana boleh tertidur pulak. Haha.
Jadi sambungan kepada cerita tadi, aku ada cuti dua minggu tapi berbekalkan assignment.  I really hope that I can finish all of my assignments early so that I can study and have fun at the same time.

Tapi tu cuma harapan je la. Harapan je. Jadinya tak tahu lagi.

Jadi sampai sini je la entri aku kali ni.

p/s: dah keluar bunyi manusia yang hampir dengan bunyi makhluk halus kat sini. 

Friday, 12 December 2014

Hai korang ! Hahaha.. excited lebih. Entry sebelum ni aku cerita pasal aku hiatus sebab sibuk dengan urusan IPTS semua tu kan ? Jadi entry kali ni aku nak cerita pasal sambungan kepada entry tersebut.
.
.
.
.

Masa  tu aku dah pergi interview kat Dana KCM di Johor Bahru bagi melayakkan aku mendapat duit permulaan bagi pendaftaran kolej swasta. Nak mendaftar kat Dana KCM je dah kena bayar RM50.00. Perjalanan nak ke JB je dah makan  duit RM100.00+ . Sebab aku bukan tinggal kat JB,aku tinggal kat Labis (jangan tanya kat mana p la google). Bukan sekali tau aku kena berurusan dengan Dana KCM ni,tapi berkali-kali. Bayangkanlah berapa duit yang aku dah labur kat benda ni je.

Dana KCM ni pulak dia nak sponsor duit permulaan untuk Kolej terpilih je. Kolej yang aku nampak masa tu ialah Malaysian Hospitality College. Memang aku tak pernah dengar pun nama kolej ni. So do my mum. Orang besar MHC ada turun padang masa tu. Dia lah yang explain kat kitorang kenapa kolej ni tak pernah dengar lagi. Rupanya sebab masih baru. Baru beberapa tahun lepas dia bertapak.

Kos yang ditawarkan pulak memang hanya kos berkenaan hospitality sahaja seperti kos kulinari & pengurusan hotel. Aku memang minat kos pengurusan ni, tak kisahlah kos pengurusan apa pun. Jadi aku pun dah set nak ambik kos pengurusan hotel ni walaupun aku tahu ada banyak aspek yang perlu dipertimbangkan. Terutamanya ialah minat. Kalau betul kau minat sesuatu perkara tu dan kau memang betul boleh bawa apa yang bakal kau pelajari nanti, jadi ikut aje lah minat kau tu. In shaa Allah berjaya.

Masalahnya aku agak buntu sebab aku rasa macam dah tak ada pilihan lain dah. Sebab aku minat kos pengurusan tapi tak tahu nak pergi belajar kat mana.

Masa buat pemilihan kos di UPU pun tak banyak kos pengurusan yang ditawarkan. Lagipun ni kira backup plan aku kalau aku tak dapat mana-mana IPTA.

Nak dijadikan cerita, mak aku kena bayar duit deposit RM350.00 pada kolej tersebut sebagai reservation tempat untuk aku di kolej tu nanti sebab dia kata tempat adalah terhad.


Pastu mak aku ada bayar lagi RM2000.00 untuk duit pendaftaran ke kolej tersebut.

Satu semester je dah dalam RM6000.00++ sebab IPTS kan.  Kos aku tu pulak makan masa selama dua tahun setengah.  Mana mau cari duit sebanyak tu woi.  Aku bukan lahir dalam keluarga orang berada.

Nak dijadikan cerita, aku buat rayuan kat UPU dan minta pihak IPTS tu tangguhkan dulu kemasukan aku pada bulan April 2014.

Alhamdulillah penantian aku berhasil sebab aku berjaya masuk IPTA jadi bebanan yuran tu tak lah berat sangat kan. Jadi aku batalkan kemasukan aku ke IPTS tersebut dengan alasan dah sambung belajar di tempat lain.

Sekarang ni aku belajar kat UiTM Lendu kos Office Management (OM). Alhamdulillah sekarang ni dah  masuk semester 2. Aku tak sangka subjek yang aku memang teringin sangat nak belajar which is typing ada dalam kos aku ni. Aku bersyukur sangat-sangat.

Cuma satu aku nak tekankan kat sini, suasana dan keadaan kat sini memang berbeza sangat-sangat.  Kau kena berdikari, kompetitif dan pandai mengurus masa.  Memang kau akan ada kawan tapi bukan yang jenis semua benda nak buatkan untuk kau. Ada certain things, you have to be on your own jugak. Kat sini memang takde sape nak control kau like your parents or guardians. Suka hati kau la nak buat apa pun tapi kau kena la jaga diri sendiri. Solat jangan lupa. Jangan  nak culture shock sangat kang pointer entah kemana. Kalau boleh jangan ponteng kelas so korang takkan tertinggal apa-apa ilmu dan supaya tiada surat amaran akan sampai kat kau dan parents kau.

Aku bukannya perfect pun, kadang-kadang tersasar jugak tapi bila aku fikirkan semula tentang kenapa aku datang sini dan pengorbanan parents aku, aku tak sanggup nak hampakan mereka.

Jadi kena sentiasa kuat dan tabah dalam mengharungi cabaran hidup sebab kau akan jumpa pelbagai masalah dan kerenah manusia yang belum pernah kau jumpa kat sekolah dulu. Sebab aku pun pernah stress dan down jugak bila kena benda camtu tapi alhamdulillah ada kawan yang support aku (terharu aku) dan tak pandang rendah pada aku.

Panjang jugak entri aku kali ni kan?
Jadi sampai di sini sajalah coretan aku kali ni.

Assalamualaikum. :)




















 

Sunday, 18 May 2014

Rindu

Hai korang. Lama betul tak tulis dalam blog ni.

Agak hiatus sebab sibuk dengan urusan nak ke IPT semua..

Ni nak cerita ni. Tadi mimpi tentang sorang akak ni masa Nida belajar kat MTQBB dulu. Kali ni dah kali kedua dah mimpikan dia.

Ya Allah, bila terbangun dari tidur je baru terasa rindunya pada akak tu. Sebab masa berhenti dari MTQBB tu terus tak contact dia. Hubungan Nida dengan akak tu agak keruh. Terus lost contact. Mana lah dia agaknya. Rindu sangat. Sebab dulu memang banyak sangat kenangan dengan dia. 

Di saat orang semua lupakan Nida, tinggalkan Nida, bencikan Nida, pulaukan Nida, akak tu lah yang baik sangat dengan Nida, care sangat pasal Nida. 

Tapi lepastu Nida jauhkan diri dan cuba lari dari dia atas rasa serba salah. Nida rasa dia terlalu baik untuk jadi akak Nida. Nida rasa ada orang yang lebih layak dari Nida. 

Akak tu rasa okay je sebab dia tak tahu apa yang Nida rasa. Tapi dalam beberapa bulan lepastu, akak tu macam lupa diri. Terus berubah 360 darjah. Cara dia treat Nida macam dia dah tak kenal Nida lagi. 

Jadi pengakhiran kisah Nida dengan akak tu tak berapa baik la. Entah kenapa asyik mimpi dia. Rindunya kat dia. Mana agaknya dia sekarang ni.