Aku sedar, ini antara tajuk terpenting untuk mereka yang bakal menyambung pelajaran terutamanya sebab aku pernah jadi di antara mereka jugak dulu 😙
Well, sekarang pun masih sama cuma dah seasoned gitu. Eceh.
Jadi mari kita mulakan dengan asrama dahulu:
Barang Keperluan Asrama
- Shampoo
- Sabun mandi
- Berus gigi
- Ubat gigi
- Pencuci muka
- Pad/ Pantyliner
- Berus baju
- Sabun baju
- Baldi
- Bekas untuk letak barang mandi
- Cermin kecik
- Selipar
- Telekung / Kain pelikat
- Songkok / Tudung & anak tudung
- Tuala 2 helai
- Selimut
- Cadar
- Bantal
- Buku Yasin/ al-Mathurat/ Manzil & Quran
- Sikat
- Bedak/ Deodorant/ Minyak wangi/ Cologne
- Uniform sekolah
- Kasut
- Stokin sekolah 7 pasang
- Baju cukup untuk seminggu
- Pakaian dalam 14 helai
- Kain dalam / Inner
- Botol air
- Hanger & sepit
- Duit
Okay setakat ni itu saja yang terlintas dalam fikiran aku. So let me explain one by one.
Shampoo tu pilihlah yang sesuai dengan korang, yang sesuai untuk korang yang selalu berpeluh. Sabun mandi tu kalau aku prefer yang liquid sebab senang jimat masa terus lumur je masa mandi. Berus gigi tu pilih berdasarkan yang korang dah biasa guna, ubat gigi pun sama. Pencuci muka tu perlu kalau korang ada masalah kulit. Pad pulak beli terus yang pek besar untuk heavy flow, medium & sikit. Kalau sikit sangat, gunalah pantyliner, beli terus yang 100 keping tu.
Berus baju ni penting untuk korang menyental baju baju yang berdaki tu kalau takda bantuan mesin basuh atau nak pakai urgent. Sabun baju pulak aku prefer sabun serbuk sebab lagi puas basuh baju menurut aku. Baldi ni ofkos la kena ada, nak rendam baju kat mana kan. Bekas untuk letak barang mandi ni pilih yang jenis ada lubang lubang tu supaya takda air bertakung dalam bekas barang mandi korang. Cermin kecik ni penting terutamanya untuk kaum hawa sebab nanti masa korang nak bersiap siap mesti berebut cermin. Hahaha.
Selipar pun perlu ada untuk memudahkan korang pergi ke mana mana dalam kawasan asrama macam ke tandas ke, bilik prep ke. Takkan nak pakai kasut sekolah kot? Telekung is a must sebab biasanya telekung tak disediakan. For boys, bawaklah kain pelikat & songkok just in case kalau ada majlis keagamaan kat asrama atau sekolah. As for girls, bawak tudung biasa yang selesa untuk dipakai ketika di asrama atau masa ko-kurikulum petang. Tuala tu bawaklah dua helai supaya korang boleh tukar tuala seminggu sekali, cth: minggu ni pakai tuala baru & basuh tuala yang dah pakai minggu sebelum ni sebab dah namanya asrama kan, mesti akan ada member korang yang pinjam tuala korang dikala terdesak, ada juga yang main pakai je tanpa mintak izin. So it's best kalau korang basuh seminggu sekali, lagipun takda la korang kena ruam ke jangkitan kulit ke sebab pakai tuala yang sama tak berbasuh selama berbulan bulan kan?
Bawak jugak selimut dengan bantal sebab biasanya asrama tak sediakan. Yang disediakan biasanya cadar itupun kena bayar. Cadar tu bawak kalau tak disediakan je. Buku Yasin atau al-Mathurat atau Manzil dan Quran ni bawak kalau asrama tak ada atau tak cukup semua ni. Sebab biasanya asrama akan ada baca Yasin atau Mathurat atau Manzil tiap tiap hari. Haa lagi satu bawaklah sikat kang macam sabut kelapa pulak rambut tu. Bagi tujuan menghalang bau badan dari membunuh rakan sekelas, bawa bersama dan pakailah bedak atau deodorant atau minyak wangi atau cologne sebelum pergi ke sekolah. Jangan pula berlebih lebihan kerana dikhuatiri mampu membuat sesiapa yang menghidunya koma.
Dah excited sangat nak duduk asrama, jangan sampai terlupa pulak bawa uniform sekolah, kalau ada 2 pasang pun dah memadai tapi kalau nak pakai lagi baju yang sama, pastikan korang lepas balik sekolah sidai baju korang kat tempat yang kena angin atau matahari. Kalau lepas balik sekolah terus lempar baju ke lantai atau ke dalam almari dan pakai pada hari berikutnya, alamatnya menangis la rakan sekelas dan guru kamu. Kasut nak pegi outing dengan mak ayah pun bawak sekali, dengan kasut sekolah, kalau korang rajin kapur kasut atau kiwi kasut, bawa je. Stokin sekolah ni aku cadangkan korang bawaklah tujuh pasang supaya sehari korang pakai satu pasang dan selebihnya untuk emergency kalau stokin korang basah ke. Kenapa sehari sehelai? supaya bila korang kena bukak kasut nanti, takdalah orang tegur kenapa kawasan tu berbau.
Baju basahan atau baju untuk korang duduk kat asrama tu bawalah dalam jumlah yang mencukupi untuk seminggu, yelah mana tahu kalau hujan baju tak kering ke at least ada lagi baju lain. Haa pakaian dalam ni bawak atau beli sampai cukup untuk pakai dua minggu tanpa mengulang pakaian dalam yang sama, sebab sehari korang mandi dua kali kan, jadi satu set masa pegi ke sekolah, lagi satu set masa dah habis waktu sekolah, lepas balik sekolah tu la. Barulah kebersihan terjaga. Inner dan kain dalam tu bawak je just in case kain atau baju korang jarang, boleh terus pakai.
Botol air ni memang perlu untuk kegunaan korang di asrama, sekolah, waktu koko. Senang takyah harapkan kantin. Untuk sidai baju pulak korang mesti perlukan hanger dan sepit baju dan yang terpenting, bawalah duit untuk perbelanjaan korang sepanjang berada di asrama.
Untuk barang keperluan kolej di IPTA/ IPTS atau rumah sewa akan disertakan dalam entry akan datang. 👋
No comments:
Post a Comment