21. Feb. 2014
Jumaat
10.48 p.m.
Dia call aku beb. Giler ah. Macam tau2 je aku asyik teringat kat dia..
Tapi dengar2 dia dah dengan kawan aku. Ala, paham2 je laah..
Ni adalah perbualan aku ngan dia:
Dia: Hello? Hello?
Aku: ye? Hello? Assalamualaikum..
Dia: hmm.. Ni sape eh ? (Dengan nada yang lembutnyee)
Aku: ni Nida laa.. ( suara boring )
Dia: ooh.. Ingatkan sape tadi, Yelah, aku kan tukar nombor haritu pastu aku tengok2 nama klepot, tu yang aku call tuh.. Tahu tak ni sape ni ?
Aku: tahu la..
Dia: sape?
Aku: ni ----- kan..?
Dia: waah..eh, tahu pulak kau eh? Haa.. kau kerja?
Aku: taklaa..
Dia: abeh kau dok umah jela ?
Aku: yelah.
Dia: siyes kau dok umah ?
Aku: iyee..
Dia: kau nih dok umah je, gemok tahu tak! Daripada kau dok umah je xde pape, baik kau kerja, dapat duit. Ni tak, besarkan taik mata jee. Heyy..
Aku: eleh, biar lah !
Dia: eh, kau sihat ? Lame gile tak dengar cite pasal kau. Kau sihat ?
Aku: aku sihat jee..
Dia: kau patutnye kena jawab camni, "aku sihat alhamdulillah.."
Aku: hmm.. Yelah..
Dia: eyy.. Bongok ah kau nih .
Aku: eh kau ni ! Kau ah bongok, cakap orang bongok pulak..
Dia: cehh, marah ah tu...!
Aku: mana ade marah..
Dia: eh, okay lah, ( nak mengakhiri perbualan )
Aku: hmm.. Okaylah..
Dia: hmm..
Aku: eh, aaah.. Hmm..
Dia: apa ?
Aku: haa..! ( bunyi macam ingat sesuatu ) . Eh, airina pe cite?
Dia: entah, dia kerja ah.
Aku: tu je kau tahu?
Dia: aah.. Yelah..
Aku: takkan tu je?
Dia: yelah, dia tak macam kau, besarkan taik mata je. Dia kerja, kerja kat kedai kasut kat batu pahat ngan akak dia. Pastu dia kata mak dia ada datang sana pastu nak balik sini balik.. Haa.. ( pastu dia ada cakap something yang maksud dia macam 'puas hati kau ?' Aku pun tak berapa ingat laa apa perkataan tu ).
Aku: ooh.. ( kononnya tak tahu tapi dah lama tahu ). Haa... Yelah, okay, bye, assalamualaikum..
Dia: okay, bye,...
Aku matikan talian. Mungkin dia belum habis cakap lagi tapi aku terus matikan.
Okay, first of all, dia tak tukar pun nombor dia. Ingat lagi tak conversation aku ngan dia kat atas tadi ? Kenapa? Sebab aku tahu yang call tu dia sebab ada nama dia yang tertera kat hp aku masa dia call.
Tapi dia kata dia tukar nombor.. Membongak yo la kojo eh.
Aku sengaja tanya dia pasal airina walaupun aku dah tahu apa cite si airina tuu.. Saje tanye.. Bagi perempuan yang cerdik, tahu la kenapa aku sengaja tanya.
Actually, masa aku baca status & komen 'diorang' kat fb pun aku dah tahu yang di antara mereka mesti ade something. Sebab bercakap pakai kod2 yang mana hanya jika bercakap pasal someone special or something that is private & confidential je baru pakai kod2 jadah ni.
Tahu dahh.. Ingat aku bodoh ke ? Yelah, memang lah betul aku bodoh tapi tak sebodoh kau, ye dak ? . Aku memang akan tahu kalau seseorang tu ambil seseorang yang aku rapat. CUMA aku tak cakap je. Memang aku tak pernah cakap tapi aku memang ada instinct camtu..
Cuma aku tak nak percaya jee.. Sebab rasanya tak sedap untuk mempercayai yang KAWAN kita akan take over seseorang yang kita rapat. So.. Aku buat-buatlah tak tahu.. Tu yang orang ingat aku ni macam tunggul jee.. Xde perasaan.
Tapi biasa la, memang kat dunia ni, kalau kita tak cukup pentingkan diri sendiri & gelojoh, memang la orang pijak-pijak je perasaan & hak kita.. Entahlah, tapi ape yang aku cakap ni cuma berdasarkan pengalaman aku je.. Pengalaman korang mesti ajar sesuatu yang berlainan dari pengalaman aku. So, ambillah pengajaran dari pengalaman korang & jadikan iktibar..
So, no hard feelings kays?
- p/s: aku dengar ade bunyi orang nak buka tombol pintu. Dah dua kali dah. Aku rasa pakcik aku kot sebab dia baru balik tadi pukul 1.40 pagi. Apa la agaknya yang dia nak ? Tadi aku buat tak tahu je. Malah, aku tutup lubang pintu bawah. Apa2 urusan, biar waktu siang. Tapi aku tahu dia pandai. Okaylah.. ! Aku nak kena tidur ni sebab ada interview dengan Dana KCM. Nite !