Sebenarnya harini nak cerita pasal mimpi. Ada mimpi membawa makna, ada juga mimpi mainan tidur. Mimpi ni kadang-kadang macam merepek tapi ada makna. Maksudnya, ada isi yang ingin disampaikan cuma mungkin biasanya kita tak perasan pun tentang ni.
Malam tadi, saya ada mimpi tentang sesuatu yang agak menakutkan. Pada saya memang menakutkan tapi pada korang maybe tak. Okay, mimpi tu tentang mak saya nak jodohkan saya dengan orang yang saya tak kenal. Saya jadi marah sangat dengan mak saya waktu tu.
Lepastu, ada ke mak saya kata orang yang nak dijodohkan dengan saya tu hensem ? Hei ! Saya tak kisah la dia hensem ke hape, tapi yang penting saya tak cintakan dia. Sebab dalam dunia realiti saya tak kisah kalau orang tu macam mana sekali pun tapi yang paling penting sekali, SAYA MESTI CINTAKAN DIA DAHULU.
Perasaan saya dalam mimpi tu dapat saya rasakan sampai sekarang; ketika menaip entri ni. Rasa dia macam takut, nervous, geram, marah, sedih, memberontak. Semuanya bercampur baur. Alhamdulillah lah di dunia realiti tak macam tu.
Lagipun masih banyak lagi impian & cita-cita yang masih belum dicapai. Umur baru 18 kot. Mungkin ramai orang di luar sana bersetuju & menyokong bernikah di usia remaja. Saya tidak membantah pun tentang ni cuma saya tak mahu bernikah di usia remaja. Tu je.
Lebih baik saya handle satu-satu daripada handle everything at once. Sebab saya takut saya tak dapat melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang anak, pelajar, isteri & ibu yang baik dalam satu masa.
Pada saya, biarlah saya laksanakan tanggungjawab tu satu-satu. Saya takut tak dapat fokus dalam pelajaran sebab nak fikir pasal suami la, belanja bulan ni la, duit itu la, duit ini la. Waktu belajar, biar saya fikir tentang assignment ke, kuiz ke, & perkara yang berkenaan dengan pelajaran je.
Lepastu baru berbakti pada ibu bapa, dalam kes saya termasuk makcik-makcik dan pakcik sekalian (walaupun tak terbalas). Saya tahu, mesti ada yang cakap " eleh, dia belum rasa lagi gatal nak nikah bolehlah cakap camtu". Tapi kalau saya rasa pun, saya kena jugak letak tepi sikit (maknanya tak delah ignore terus) pasal tu sebab masa depan saya, saya yang corakkan. Berbual macam ye ye je saya ni kan ?
Buat masa ni saya tak berani nak cakap lebih sebab in the future, nobody knows right? Cuma saya lebih prefer one by one. Tu je. Berapa kalilah nak mention pasal ni. Dah dah la tu cik..
No comments:
Post a Comment