Monday, 24 February 2014

Cerita tiga hari lalu...

 21. Feb. 2014
Jumaat
10.48 p.m.

    Dia call aku beb. Giler ah. Macam tau2 je aku asyik teringat kat dia.. 
Tapi dengar2 dia dah dengan kawan aku. Ala, paham2 je laah..

    Ni adalah perbualan aku ngan dia:

Dia: Hello? Hello?

Aku: ye? Hello? Assalamualaikum..

Dia: hmm.. Ni sape eh ? (Dengan nada yang lembutnyee)

Aku: ni Nida laa.. ( suara boring )

Dia: ooh.. Ingatkan sape tadi, Yelah, aku kan tukar nombor haritu pastu aku tengok2 nama klepot, tu yang aku call tuh.. Tahu tak ni sape ni ?

Aku: tahu la..

Dia: sape?

Aku: ni ----- kan..?

Dia: waah..eh, tahu pulak kau eh? Haa.. kau kerja?

Aku: taklaa..

Dia: abeh kau dok umah jela ?

Aku: yelah.

Dia: siyes kau dok umah ?

Aku: iyee..

Dia: kau nih dok umah je, gemok tahu tak! Daripada kau dok umah je xde pape, baik kau kerja, dapat duit. Ni tak, besarkan taik mata jee. Heyy..

Aku: eleh, biar lah ! 

Dia: eh, kau sihat ? Lame gile tak dengar cite pasal kau. Kau sihat ? 

Aku: aku sihat jee..

Dia: kau patutnye kena jawab camni, "aku sihat alhamdulillah.."

Aku: hmm.. Yelah..

Dia: eyy.. Bongok ah kau nih .

Aku: eh kau ni ! Kau ah bongok, cakap orang bongok pulak..

Dia: cehh, marah ah tu...! 

Aku: mana ade marah.. 

Dia: eh, okay lah, ( nak mengakhiri perbualan )

Aku: hmm.. Okaylah..

Dia: hmm..

Aku: eh, aaah.. Hmm.. 

Dia: apa ?

Aku: haa..! ( bunyi macam ingat sesuatu ) . Eh, airina pe cite? 

Dia: entah, dia kerja ah.

Aku: tu je kau tahu?

Dia: aah.. Yelah..

Aku: takkan tu je? 

Dia: yelah, dia tak macam kau, besarkan taik mata je. Dia kerja, kerja kat kedai kasut kat batu pahat ngan akak dia. Pastu dia kata mak dia ada datang sana pastu nak balik sini balik.. Haa.. ( pastu dia ada cakap something yang maksud dia macam 'puas hati kau ?' Aku pun tak berapa ingat laa apa perkataan tu ).

Aku: ooh..  ( kononnya tak tahu tapi dah lama tahu ). Haa... Yelah, okay, bye, assalamualaikum..

Dia: okay, bye,...

Aku matikan talian. Mungkin dia belum habis cakap lagi tapi aku terus matikan. 

     Okay, first of all, dia tak tukar pun nombor dia. Ingat lagi tak conversation aku ngan dia kat atas tadi ?  Kenapa? Sebab aku tahu yang call tu dia sebab ada nama dia yang tertera kat hp aku masa dia call.

     Tapi dia kata dia tukar nombor.. Membongak yo la kojo eh. 

     Aku sengaja tanya dia pasal airina walaupun aku dah tahu apa cite si airina tuu.. Saje tanye.. Bagi perempuan yang cerdik, tahu la kenapa aku sengaja tanya. 

     Actually, masa aku baca status & komen 'diorang' kat fb pun aku dah tahu yang di antara mereka mesti ade something. Sebab bercakap pakai kod2 yang mana hanya jika bercakap pasal someone special or something that is private & confidential je baru pakai kod2 jadah ni. 

     Tahu dahh.. Ingat aku bodoh ke ? Yelah, memang lah betul aku bodoh tapi tak sebodoh kau, ye dak ? . Aku memang akan tahu kalau seseorang tu ambil seseorang yang aku rapat. CUMA aku tak cakap je. Memang aku tak pernah cakap tapi aku memang ada instinct camtu.. 

     Cuma aku tak nak percaya jee.. Sebab rasanya tak sedap untuk mempercayai yang KAWAN kita akan take over seseorang yang kita rapat. So.. Aku buat-buatlah tak tahu.. Tu yang orang ingat  aku ni macam tunggul jee.. Xde perasaan. 

     Tapi biasa la, memang kat dunia ni, kalau kita tak cukup pentingkan diri sendiri & gelojoh, memang la orang pijak-pijak je perasaan & hak kita.. Entahlah, tapi ape yang aku cakap ni cuma berdasarkan pengalaman aku je.. Pengalaman korang mesti ajar sesuatu yang berlainan dari pengalaman aku. So, ambillah pengajaran dari pengalaman korang & jadikan iktibar..

     So, no hard feelings kays? 


- p/s: aku dengar ade bunyi orang nak buka tombol pintu. Dah dua kali dah. Aku rasa pakcik aku  kot sebab dia baru balik tadi pukul 1.40 pagi. Apa la agaknya yang dia nak ? Tadi aku buat tak tahu je. Malah, aku tutup lubang pintu bawah. Apa2 urusan, biar waktu siang. Tapi aku tahu dia pandai.  Okaylah.. ! Aku nak kena tidur ni sebab ada interview dengan Dana KCM.  Nite ! 

     



Monday, 17 February 2014

Tentang Mimpi 2

      Hello guys ! 

     Nak citer pasal mimpi malam tadi. Dalam mimpi tu, Nida tengah kat dalam bilik. Sebenarnya dalam mimpi tu Nida kena culik dan dikurung dalam satu bilik tu.

     Ironinya, Nida tahu yang Nida akan dibunuh dalam bilik tu. Nak terjun dari tingkap, Nida kat tingkat flat/pangsapuri yang tinggi. Nak jerit, tak sape dengar sebab kat tengah-tengah bandar. 

     Perasaan Nida masa dalam mimpi tu, Ya Allah. Hanya Allah je yang tahu perasaan tu. Perasaan bila kita tahu yang kita nak kena bunuh tapi tak boleh lari kemana ? Macam tu lah perasaannya.

     Tapi dalam mimpi tu, Nida masih ada telefon bimbit bersama Nida sebab diorang tak pengsankan Nida, diorang just take over the situation and masa tu kebetulan diorang tinggalkan Nida atas sebab yang Nida tak tahu.

     So Nida ambil kesempatan tu untuk telefon pihak berkuasa cam polis dll. Tapi belum sempat Nida bagitahu semua details, penculik masuk dalam bilik. Pastu, ada orang datang selamatkan Nida. Orang tu sanggup berlawan dengan penculik tu sebab nak selamatkan Nida. 

     Yang tak sangkanya, orang yang sanggup datang selamatkan Nida tu ialah Shaheizy Sam. Unbelievable betul ! Serious tak tahu kenapa boleh masuk dalam mimpi as a hero pulak tu ! Dahsyat. Dia pun tak kenal Nida in real life pun. Hahah.. 

     Waktu diorang tengah sibuk berlawan tu, dia suruh Nida pergi selamatkan diri tapi tak lama lepas tu pihak berkuasa polis dah pun sampai. So alhamdulillah semua orang selamat dan tiada nyawa yang terkorban. Walaupun dalam mimpi, Nida rasa semua tu macam in real life. Sebab Nida merasakan perasaan tu sendiri dalam mimpi tu. 

     Dan bila dah bangun tidur pun, masih rasa lagi perasaan tu & bersyukur sangat yang semua tu hanya mimpi. Felt so weird that akhir-akhir ni mimpi mimpi ni semua felt so real. 

     So that's all for now. Have a great evening guys ! ^^

Malam ni. =_='

     Hello there ! 

     Malam ni, rasa sejuk. Rasa insecure sebab tak bukak lampu depan rumah. Lepastu, rasa keseorangan sebab semua orang dalam rumah dah tidur. Even though 'kononnya' ada orang tengok tv kat hall. Tapi hakikatnya tv tu yang tengok dia. 

     Rasa cam tak insecure la sekarang ni.. Mana taknya, Nida tengah duduk kat hall, tapi sliding door dibuka seluasnya dengan tak nyalakan lampu depannya. Takut kau ! 

     Kenapa takut sangat ? Sebabnya pakcik Nida ada cerita dulu, masa tu pakcik Nida terjaga dari tidur kot masa tu, pastu dia dengar ada bunyi kat grill pagar rumah, waktu tu pulak lampu rumah depan belakang tak bukak. So dia pun siap2 pegang besi/kayu nak hempuk kat orang tu.

     Pastu atok Nida pegi bukak lampu sebelum pakcik Nida dapat tahu siapa individu yang cuba menceroboh tersebut. Tapi yang pasti, lepas lampu dinyalakan, tak lama, dalam beberapa saat lepas tu, pakcik Nida dengar ada bunyi bising kat rumah jiran sebelah kiri; berpenghuni bangla-warga asing semua. Sedangkan masa tu dalam pukul 2-3 pagi. Semua orang sedang nyenyak tidur.

     Dalam fikiran korang la kan, apa agaknya yang korang akan anggap? Korang mesti anggap yang entah2 bangla tu yang cuba menceroboh rumah kitorang kan? Tapi sebab tak ada bukti yang jelas, tak bolehlah nak mendakwa sesuka hati je.. 

     Sebab tu Nida akan senantiasa ada backup plan/ plan B kalau ada sesuatu yang berlaku pada Nida. Dalam kepala Nida, kalau ada yang cuba nak buat harm kat Nida atau yang boleh mendatangkan bahaya, Nida hanya akan rodok je dorang. Nida dah set kan otak camtu. So kalau Nida rasa cam terancam dalam situasi berbahaya, maybe orang tersebut akan dirodok tanpa berfikir panjang. 

     So, tadi Nida ambil keputusan untuk rapatkan sikit sliding door dan rapatkan langsir lebih lagi jadi kuranglah rasa insecure tu. Nak tidur tapi tak sengantuk selalu.. Nak chat ngan kawan, takut dorang semua dah tidur.

     Eh kejap, tadi Nida ada dengar bunyi barang terjatuh. Dari mana lah agaknya datang bunyi tuu.. Okaylah. Entri kali ni sudah pun sampai ke penghujungnya since mata ni dah tertutup2 pulak.. Hehee.. Okay guys ~ bye.. Have a nice dream ! 

Tentang Nisya. About Nisya.

     Assalamualaikum.. 

     Mungkin ada yang tertanya-tanya terutamanya bagi yang membaca blog Nida menggunakan smartphone dan yang membaca blog Nida menggunakan laptop, mungkin ada yang terperasan yang kat tab korang ada tulis 'Tentang Nisya...' 

     Tentang Nisya tu apa? Nisya tu siapa?. Okay, first of all, Nisya ialah gabungan nama Nida sendiri. Bukan nama gabungan dengan orang yang tak berkenaan ye.. 

     So, maksud 'Tentang Nisya' ialah tentang Nida. Apa2 entri di blog ni adalah tentang Nida, yang berkenaan dengan Nida, yang berlaku dalam hidup Nida sendiri. 

     Rasanya tu je yang nak cakap pasal 'Tentang Nisya' ni.. Simple je entri kali ni. Okay, have a good night guys. ~_^ 

     

Tuesday, 11 February 2014

Tentang Mimpi

   Assalamualaikum dan hai semuaa..! 
     
     Sebenarnya harini nak cerita pasal mimpi. Ada mimpi membawa makna, ada juga mimpi mainan tidur. Mimpi ni kadang-kadang macam merepek tapi ada makna. Maksudnya, ada isi yang ingin disampaikan cuma mungkin biasanya kita tak perasan pun tentang ni.

     Malam tadi, saya ada mimpi tentang sesuatu yang agak menakutkan. Pada saya memang menakutkan tapi pada korang maybe tak. Okay, mimpi tu tentang mak saya nak jodohkan saya dengan orang yang saya tak kenal. Saya jadi marah sangat dengan mak saya waktu tu.

     Lepastu, ada ke mak saya kata orang yang nak dijodohkan dengan saya tu hensem ? Hei ! Saya tak kisah la dia hensem ke hape, tapi yang penting saya tak cintakan dia. Sebab dalam dunia realiti saya tak kisah kalau orang tu macam mana sekali pun tapi yang paling penting sekali, SAYA MESTI CINTAKAN DIA DAHULU. 

     Perasaan saya dalam mimpi tu dapat saya rasakan sampai sekarang; ketika menaip entri ni. Rasa dia macam takut, nervous, geram, marah, sedih, memberontak. Semuanya bercampur baur. Alhamdulillah lah di dunia realiti tak macam tu. 

     Lagipun masih banyak lagi impian & cita-cita yang masih belum dicapai. Umur baru 18 kot. Mungkin ramai orang di luar sana bersetuju & menyokong bernikah di usia remaja. Saya tidak membantah pun tentang ni cuma saya tak mahu bernikah di usia remaja. Tu je.

     Lebih baik saya handle satu-satu daripada handle everything at once. Sebab saya takut saya tak dapat melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang anak, pelajar, isteri & ibu yang baik dalam satu masa. 

     Pada saya, biarlah saya laksanakan tanggungjawab tu satu-satu. Saya takut tak dapat fokus dalam pelajaran sebab nak fikir pasal suami la, belanja bulan ni la, duit itu la, duit ini la. Waktu belajar, biar saya fikir tentang assignment ke, kuiz ke, & perkara yang berkenaan dengan pelajaran je. 

     Lepastu baru berbakti pada ibu bapa, dalam kes saya termasuk makcik-makcik dan pakcik sekalian (walaupun tak terbalas). Saya tahu, mesti ada yang cakap " eleh, dia belum rasa lagi gatal nak nikah bolehlah cakap camtu". Tapi kalau saya rasa pun, saya kena jugak letak tepi sikit (maknanya tak delah ignore terus) pasal tu sebab masa depan saya, saya yang  corakkan. Berbual macam ye ye je saya ni kan ? 

     Buat masa ni saya tak berani nak cakap lebih sebab in the future, nobody knows right? Cuma saya lebih prefer one by one. Tu je. Berapa kalilah nak mention pasal ni. Dah dah la tu cik..

     

Friday, 7 February 2014

Ujian oh dugaan.

                Harini, saya telah diduga oleh broadband yang tak ada line. Dah berpuluh kali saya connect, berpuluh kali tu jugaklah dia tak nak connect. 

                Sekarang ni pun, saya menaip menggunakan telefon pintar. Nasib lah pintar telefon ni, kalau tak pintar tak dapatlah saya meng'update' blog ni. 

                Cuma saya tak dapatlah menikmati feature yang ada jika menggunakan laptop. Nak memperbaiki blog pun tak boleh sebab telefon pintar saya ni tak besar skrinnya. Kalau guna tablet mungkin senang sikit nak buat semua tu. Cuma saya tak ada tablet. Hahahaa.. 

                  Bukan tak boleh nak buat pakai telefon pintar, tapi lecehnya bukan main. Takut-takut nanti ada pulak data lain yang hilang. Nanti jadilah seperti yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. 

                  Lebih kurang gitu lah bunyi peribahasanya. Saya pun dah tak ingat sebab dah separuh abad dah saya tinggalkan sekolah( padahal baru tahun lepas ). 
Kalau guru Bahasa Melayu saya baca blog nii.. Habislah. Muahahahah..! ( bunyi gelak jahat ).
 
                  Okaylah ! Nampaknya saya dah semakin merapu dalam penyampaian blog kali nii.. So... babai! :) jumpa lagi dalam entry akan datang okay ~_^


               

Thursday, 6 February 2014

Saya Si Newbie

Seperti yang tertera pada tajuk di atas, saya ni masih lagi baru dalam bidang blogging ni dan saya sedang lakukan yang terbaik untuk blog ni untuk korang semua.. Walaupun blog ni dah agak lama,tapi sekarang baru nak upgrade ke tahap yang elok. Jadi, saya minta maaflah banyak-banyak jika anda mendapati blog saya ni masih memiliki kekurangan yang jelas dan nyata. Segala tunjuk ajar dan bimbingan untuk memajukan dan memperbaiki blog ini amat saya hargai.. Sekian, Terima Kasih. :)